Jabal Rahmah-Sebuah Jawapan ~ Azhar @ Dr Zahau

Thursday, December 23, 2010

Jabal Rahmah-Sebuah Jawapan

Salam

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam
Selawat Serta Salam KeHadrat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

JABAL RAHMAH-SEBUAH JAWAPAN

19 July 2010
Aku berangkat ke Tanah Suci Mekah..
Alhamdulillah..syukur pada Allah yang mengizinkan..
Walaupun aku rasa diri ni tak cukup 'suci' untuk menjadi tetamunya..
DIA tetap mengizinkan..

Ya..untuk mendapatkan yang terbaik..
Usahanya juga perlulah sehebat apa yang dicari..
Aku rasa inilah usaha terakhir sebelum diserahkan segalanya pada takdir..
Aku pergi ke Tanah Suci dengan segenggam harapan..


Mencari Sebuah Jawapan
Jabal Rahmah didepanku..
Terletak indah..tempat yang suatu masa dulu..
Menyaksikan pertemuan Adam dan Hawa..
Ku juga berharap mustajabnya doa disini..
Bakal menemukan jawapan yang kucari..

Allah Maha Berkuasa..
Lama kubermunajat di bukit ini..
Kuhamburkan segala yang terpendam didalam hati..
Pada Tuan Pemilik Hati..

Tenang dan Nyaman..
Itulah dua perkataan yang sesuai..
Aku masih ingat lagi..
Betapa tenang dan nyamannya perasaan aku masa itu..

Masjidil Haram
Aku harap..supaya usaha yang ku lakukan..
Bakal menemukan jawapan yang kucari..
Selesai Istikharah ditingkat 2 Masjidil Haram,
Aku panjatkan doa kepada Allah..
Tuhan Yang Maha Mengetahui Segalanya..

Lamaku berdoa..
Ya..air mataku jatuh disitu..
Tipu kalau kukatakan tidak..
Jika selama ini..erti kata menangis dalam kamus hidupku..
Hanyalah tangisan dalam hati..
Tapi tidak kali ini..

Selesai berdoa..aku baru berkira hendak membaca Al-Quran..
Bila tiba-tiba datang seorang lelaki tua..
Dipenuhi janggut putih yang disisir rapi..
Dari gaya pemakaiannya..
Aku dapat mengagak yang dia bukan orang Arab..

Dia menegurku..memuji janggut sejemput didaguku..
Then, dia mula bertanyakan namaku..
Selepas itu, dengan tidak semena-mena..
Dia mengangkat kedua-dua tangannya ke langit..

Dan mula berdoa..
Aku dapat mendengar dengan jelas bait-bait doanya..
Kerna kedudukan kami yang agak rapat ketika itu..
Apa yang betul-betul membuatku terkaku diam..

Bait-bait doa yang dilafazkannya..
Serupa dengan doa dan kata-kata yang aku panjatkan..
Dalam munajatku selepas istikharah tadi..
Selesai berdoa..dia menoleh kepadaku dan tersenyum..
Aku masih ingat sampai sekarang betapa manisnya senyuman itu..

Azan Asar bergema digenap ruangan Masjidil Haram Mekah..
Itulah kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengan lelaki tua itu tadi..

2 Hari Sebelum Pulang
Sehingga hari ke 10 aku di Tanah Suci..
Aku masih belum menemukan jawapan yang dicari..
Tapi aku bersangka baik..
Mungkin ketenangan hati yang dianugerahkan inilah..
Jawapan yang kucari selama ini..

Solat Zohor..
Seusai solat..aku meneruskan rutin ibadatku disana..
Selesai segalanya..aku berkira membaca al-quran sementara menunggu waktu Asar..
Tapi aku tak tahu apa yang terjadi ketika itu..
Selesai Istikharah tadi..mataku jadi mengantuk yang amat sangat..

Aku pergi mendapatkan seteguk Air Zam Zam..
Dan membasahkan selebihnya pada kepalaku yang licin tidak berambut..;-)
Memang terasa segar sungguh selepas tuh..
aku sambung bacaan al-quran semula..
Tapi tak sampai dua baris ayat..
Rasa mengantuk datang kembali..

Kali ini..aku terus tertidur..
Dalam berkeadaan seakan membaca al-Quran!..
Tapi aku hanya tertidur seketika sahaja..

Mimpi Yang Hadir
Dalam tidurku itu tadi..
Aku didatangi satu mimpi..
Aku sedang berdiri tegak..
Sambil didepanku berdiri satu bayangan wanita..
Yang berdiri membelakangiku..
Jarak dia hanyalah beberapa tapak dariku..

Aku masih kaku tegak berdiri..
Tiba-tiba ku lihat..
Wanita itu tadi menoleh sambil bergerak menghadap ke arahku..
Aku dapat lihat dia memandangku sambil tersenyum..

Ketika itulah..aku terjaga dari tidur..
Dengan Al-Quran masih lagi ditangan..
Allahuakbar..aku bingkas bangun..
Dan mengambil wudhuk lalu kudirikan Solat Hajat..

Kupohon..Allah menjadi pembimbing hatiku ini..
Jika Dia yang muncul dalam mimpiku tadi..
Sebagai jawapan kepada persoalanku selama ini..
Aku kembalikan segala pujian kepada Allah kembali..

Ketika itu..
Terngiang-ngiang ditelingaku kata-kata Amer..
Sahabat baikku yang menjadi pendengar setia kepada semua masalahku..
Sehari sebelum berangkat ke Tanah Suci..kata-kata Amer
''Aku percaya kau akan berjumpa dia disana''

Wallahualam

0 aduan:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More