Salam
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam
Selawat Serta Salam KeHadrat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
CINTA PADA TANAH SUCI
Allahurabbi..
Pada malam ke-19 Ramadhan ini..
Allah campakkan rasa rindu yang kronik..
Pada 2 tanah suciNya yang pernah kujejaki dahulu..
Rindu..
Bersimpuh dihadapan Makam Rasulullah SAW
Berbual-bual dengan Baginda yang mulia..
Kerna kuyakin Rasulullah SAW mendengar setiap butir bicaraku..
Rindu..
Menghabiskan hari-hariku dihadapan Kaabah..
Tawaf..solat sunat..berzikir..al-quran..
Rindu melihat lautan manusia mengelilingi Kaabah..
Rindu merasa keajaiban tanah suci Mekah..Allah..
A Gift from Medina Al-Munawwarah
Rindu pada Rasulullah SAW terubat sedikit..
Bila kuterima Qasidah terbaru..
Puji-pujian kepada Rasulullah SAW..
Jauh dari Tanah Suci..
Jazakkallahu hairal jazakk..
Ke bahasa Inggeris..

Qasidah Terbaru..Sollu Alaih..
QASIDAH DI CANBERRA
Alhamdulillah..
Kumpulan kami diberi nama 'Team Qasidah ANU''
Setakat ini segalanya berjalan lancar..
Terima kasih tak terhingga kepada En Roslan Rejab..
Yang memberi sokongan padu kepada Team Qasidah kami..
Untukku balas ribuan dollar yang telah dia habiskan..
Untuk membeli alat percussion kami..PA System..lighting..dll..
Memangku tak termampu..
Semoga Allah memberkati hidup dia..
Dan memberi Haji Mabrur kepada dia..
Yang akan berangkat menunaikan Haji tahun ini..Insyaallah..
Terima kasih juga kepada Dato' Salman..
Duta Malaysia ke Australia..
Yang turut menyokong usaha kumpulan kami disini..
Syukran lillah..

Persembahan ke-3 kami
Di Uni of Canberra
Kami masih ada 2 lagi persembahan menanti minggu yang datang ini..
Semoga segalanya dipermudahkan..Insyaallah..
Dan semoga Rasulullah SAW..
Hadir pada setiap persembahan kami..Amin Ya Allah!..

Iftar di Uni Of Canberra
CANBERRA ISLAMIC CENTRE (CIC)
Dengan keahlian mencecah ribuan ahli..
Bukan satu tugas yang mudah untuk menggalas..
Dan menyempurnakan amanah yang diberi..
Tapi insyaallah..Allah itu ada hampir dengan kita..
Thanks to Brother Jason Araz(VP of CIC)
Yang banyak memberi tunjuk ajar..
Click here to CIC
Akhir Kalam
Aku mesti sungguh2 semaikan rasa cinta manusia..
Kepada Baginda SAW..
Supaya kuterima syafaat Baginda di hari Masyar kelak..Amin Ya Rabb..
~Cinta Allah ada pada Cinta Rasul~
Wallahualam




2 aduan:
MasyaAllah.. indahnya~
segala puji atasNya..
Post a Comment